BWY HOLDINGS SDN BHD (1108277-W)
No. 22, Jalan Anggerik Mokara 31/44
Kawasan Industri Kota Kemuning
40460 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA.

+603 5525 1000
hello@bakewithyen.my

Search

Pancake Kelapa

Bahan-bahan:

  • 100ml minyak kelapa FryMax
  • 150ml susu Meadow Fresh
  • Mentega Echte Boter (tanpa garam)
  • 250gm kelapa parut
  • 200gm tepung gandum
  • ½ sudu teh garam
  • 1 sudu besar gula
  • 1 biji telur

Cara membuat:

1.Dalam mangkuk besar, masukkan kelapa parut, tepung, garam dan gula.

2.Dalam mangkuk yang satu lagi, pukul telur bersama minyak kelapa dan air.  Kemudian masukkan bahan dari Langkah 1, kacau sehingga sebati.  Boleh tambah sedikit susu sekiranya adunan terlalu pekat. Ketepikan adunan selama 10 minit.

3.Panaskan kuali, masukkan 1 sudu besar mentega dan biarkan mendidih.  Tuangkan 1 senduk adunan perlahan-lahan di tengah kuali dan kemudian ratakan sehingga menjadi bulat. Selepas 2 minit, apabila nampak ia bertukar warna keemasan di bawah dan tepi, terbalikkan dan masak sehingga garing dan keemasan.

4.Sambung goreng adunan untuk dapatkan pancake yang secukupnya.  Tambahkan mentega jika tidak cukup.

5.Hidangkan sementara masih panas.  Sedap makan bersama kari atau sambal.