BWY HOLDINGS SDN BHD (1108277-W)
No. 22, Jalan Anggerik Mokara 31/44
Kawasan Industri Kota Kemuning
40460 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA.

+603 5525 1000
hello@bakewithyen.my

Search

Makaroni Bakar

Bahan-bahan:

Inti

  • 250gm makaroni (direbus sehingga lembut, gaulkan dengan sedikit minyak supaya tidak melekat/berketul)
  • 500gm daging/ayam (dicincang)
  • 30gm mentega Echte Boter (tanpa garam)
  • 2 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • ½ sudu kecil oregano/parsley kering
  • 2 biji tomato (dibuang biji & dipotong saiz dadu)
  • Sedikit daun saderi (dipotong halus)
  • 2 biji capsicum merah/hijau (dipotong saiz dadu)
  • 2 biji putih telur
  • 125gm keju cheddar Mamalena (siap diparut)

Sos putih:

  • 30gm mentega Echte Boter (tanpa garam)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 500ml susu Meadow Fresh
  • 2 biji kuning telur
  • 125gm keju cheddar (diparut)
  • garam secukup rasa
  • ½ sudu kecil serbuk lada sulah

Cara membuat:

1.Panaskan kuali dan masukkan mentega, bawang besar dan bawang putih.

2.Masak sehingga bawang besar mula lutsinar, masukkan daging cincang, tomato, garam dan lada sulah.  Sambung masak lebih kurang 15 minit atau apabila air daging mula kering, kemudian ketepikan untuk sejuk.

3.Guna kuali/periuk, panaskan dengan api perlahan dan masukkan mentega dan tunggu ia cair, masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.

4.Masukkan susu dan kacau dengan whisk sehingga sebati.

5.Biarkan ia mendidih sambil dikacau supaya tidak bergentel.  Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.

6.Padamkan api, sambung kacau supaya sejuk sedikit, kemudian masukkan keju parut & kuning telur, sambung kacau sehingga sebati.  Ketepikan.

7.Apabila masakan daging tadi sudah sejuk (suhu bilik), masukkan telur putih dan kacau sehingga sebati.

Langkah 1 – Langkah 6 boleh disediakan sehari lebih awal dan masukkan dalam peti sejuk.

8.Sapukan loyang dengan sedikit mentega.

9.Masukkan 1/3 makaroni, kemudian tabur 1/2 inti dan sedikit keju parut.  Lapiskan semula dengan 1/3 lagi makaroni dan diikuti baki inti dan sedikit keju parut dan akhirnya masukkan baki makaroni.  Ratakan dan tuangkan sos putih di atas, dan akhir penuhkan lapisan atas dengan keju parut.

10.Bakar dalam ketuhar yang dipanaskan pada suhu 180°C selama 30 minit atau sehingga keju berwarna keemasan.  Keluarkan dan biarkan ia berehat selama 15 minit sebelum dihidangkan.